Home Keluarga Tazkirah Munakahat

Tazkirah Munakahat

281
0
SHARE
Apple blossoms colour corrected.

👌 Abdullah bin Mas’ud Ra pernah berkata : “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari saja untuk aku hidup, niscaya yang kusukai ialah menikah agar aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan membujang.

👌 Sewaktu wabah penyakit tha’un melanda negeri Mesir, dua orang isteri sayyidina Mua’dz Ra meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang penyakit tha’un, beliau Ra berkata: “Nikahkanlah aku ! Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan membujang. “

👌 Sayyidina Ali r.a. menikah lagi, selepas tujuh malam kematian Sayyidah Fatimah r.a.

👌 Sayyidina Umar bin Khatab r.a. termasuk di antara sahabat yang banyak menikah. beliau ra berkata : “Aku tidak menikah kecuali untuk menghasilkan anak.”

👌 Sufyan bin Uyainah berkata: “Memperbanyak isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia, karena sayyidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud, namun beliau mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariyah. Perkawinan merupakan jalan para anbiyaa’ dan akhlak mereka. “

👌 Imam Ahmad bin Hanbal r.a. Bahkan menikah pada hari kedua setelah kematian isterinya. Beliau berkata: “Aku tidak suka bermalam dalam keadaan bujang.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here